B.Malaysia |English
Laman Utama |Hubungi Kami





e-Tanah - Portal Awam v1.0.0
Objektif
Akta


 Profil e-Tanah
Objektif
Skop
Visi & Misi
Konsep
Sejarah & Kronologi
Logo e-Tanah
Direktori e-Tanah
Senarai Caj Perkhidmatan
 Undang - Undang
Pekeliling
Akta
Cabutan Perlembagaan
 e-Pembayaran
Panduan e-Pembayaran

Cetak Semula Resit
Carian Persendirian
 Borang Online
eBorang
 Dasar Keselamatan

Dasar Keselamatan

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal e-Tanah Pulau Pinang kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel merupakan bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.

Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Portal e-Tanah Pulau Pinang menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Portal e-Tanah Pulau Pinang mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen Hubungi Kami yang disediakan dalam portal ini.





Dasar Keselamatan

Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.