B.Malaysia |English
Laman Utama |Hubungi Kami





e-Tanah - Portal Awam v1.0.0
Objektif
Akta


 Profil e-Tanah
Objektif
Skop
Visi & Misi
Konsep
Sejarah & Kronologi
Logo e-Tanah
Direktori e-Tanah
Senarai Caj Perkhidmatan
 Undang - Undang
Pekeliling
Akta
Cabutan Perlembagaan
 e-Pembayaran
Panduan e-Pembayaran

Cetak Semula Resit
Carian Persendirian
 Borang Online
eBorang
 Cabutan Perlembagaan

BAHAGIAN 1 : NEGERI-NEGERI, UGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

  • 2. Kemasukan Wilayah-Wilayah Baharu Dalam Persekutuan

BAHAGIAN 2 : KEBEBASAN ASASI

  • 13. Hak Terhadap Tanah

BAHAGIAN 6 : PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

1. Bab 1- Pembahagian Kuasa-kuasa Perundangan

  • 76. Kuasa Parlimen Membuat Negeri yang Berlawanan Dengan Undang-Undang Persekutuan.

2. Bab 4-Tanah

  • 83. Pengambilan Tanah Bagi Maksud-Maksud Persekutuan
  • 84. (Dimansuhkan).
  • 85. Pemberian Kepada Persekutuan Yang Dirizabkan Bagi Maksud-Maksud Persekutuan.
  • 86. Pelupusan Tanah Yang Terletakhak Pada Persekutuan.
  • 87. Memutuskan Pertikaian Tentang Nilai Tanah. .
  • 88. Pemakaian Perkara 83 Hingga 87 Bagi Negeri-Negeri Yang Tidak Mempunyai Raja.
  • 89. Tanah Rezab Orang Melayu.
  • 90. Peruntukan Khas Mengenai Tanah Adat Di Negeri Sembilan Dan Melaka, Dan Tanah Pegangan Orang Melayu Di Terengganu.
  • 91. Majlis Tanah Negara.

3. Bab 5-Pembangunan Negara

  • 92. Rancangan Pembangunan Negara

BAHAGIAN 13 : PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN

  • 166. Pewarisan Harta.

JADUAL KESEMBILAN : SENARAI PERUNDANGAN

  • Senarai 1 – Senarai Persekutuan
  • Senarai 2 – Senarai Negeri
  • Senarai 3 – Senarai Bersama

SENARAI UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENTADBIRAN TANAH

  • Pemegang Tanah
  • Ukur Tanah
  • Hakmilik Lombong/Kawalan Aktiviti Lombong
  • Pengambilan Tanah Secara Paksa
  • Pemeliharaan Perlindungan Tanaman,Tanah,Sungai,Sumber Alam
  • Pungutan Kadar-kadar dan Cukai-cukai
  • Beberapa Pihak Berkuasa Awam/Perbadanan Awam
  • Kawalan Perkuburan
  • Kawalan Pemilik Tanah
  • Pindahan & Urusan Mengenai Tanah
  • Kemajuan/Pembangunan Tanah
  • Pengurusan Kewangan
  • Undang-undang Islam
  • JOHOR
  • KEDAH
  • KELANTAN
  • MELAKA
  • NEGERI SEMBILAN
  • PAHANG
  • PULAU PINANG
  • PERAK
  • SELANGOR
  • TERENGGANU
  • Rujukan-rujukan Umum

 

BAHAGIAN 1
NEGERI-NEGERI, UGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

2.Kemasukan Wilayah-wilayah Baharu dalam Persekutuan.
Parlimen boleh dengan undang-undang:-

  • (a) memasukkan Negeri-negeri lain dalam Persekutuan;
  • (b) mengubah sempadan mana-mana Negeri; tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

KE ATAS

BAHAGIAN 2
KEBEBASAN ASASI

13. Hak Terhadap Harta.

  1. Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut udang-undang.
  2. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

KE ATAS

BAHAGIAN 6
PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

Bab 1 – Pembahagian Kuasa-kuasa Perundangan
76. Kuasa Parlimen Membuat Undang-Undang untuk Negeri-negeri dalam hal-hal tertentu.
1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti berikut sahaja :-

  • b) bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dariantara dua buah Negeri atau lebih;
  • 4) Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan-tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan suratikatan berhubung dengan tanah, pindahmilik tanah, gadaijanji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan; dan Fasal (1)(b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu

KE ATAS

Bab 4 – Tanah

83. Pengambilan Tanah Bagi Maksud-Maksud Persekutuan.

(1) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tanah di sesuatu Negeri, iaitu bukannya tanah milik, adalah dikehendaki bagi maksud-maksud persekutuan maka Kerajaan Persekutuan boleh, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu, menghendaki Kerajaan Negeri itu mengarahkan supaya mana-mana tanah sebagaiman diarah oleh Kerajaan Persekutuan itu diberi kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada mana-mana pihakberkuasa awam sebagaimana diarah oleh Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya adalah menjadi kewajipan bagi Kerajaan Negeri itu berbuat demikian:
Dengan syarat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghendaki diberi mana-mana tanah yang direzab untuk sesuatu maksud Negeri melainkan jika berpuas hati bahawa tanah itu adalah dikehendaki demi kepentingan negara.

(2) Jika, menurut Fasal (1), Kerajaan Persekutuan berkehendakkan Kerajaan Negeri mengarahkan tanah diberi untuk selama-lamanya, maka tanah-tanah itu hendaklah diberi dengan tidak dikenakan apa-apa sekatan tentang kegunaan tanah itu tetapi tertakluk kepada syarat bahawa cukai tanah yang berkenaan hendaklah dibayar pada tiap-tiap tahun dan Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu premium yang sama banyak dengan nilai pasar tanah itu; dan jika Kerajaan Persekutuan berkehendakkan Kerajaan Negeri mengarahkan diberi apa-apa kepentingan lain mengenai tanah, Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu cukai tahunan yang sepatutnya bagi kepentingan itu dan juga premium yang berpatutan, jika dikehendaki oleh Kerajaan Negeri:
Dengan syarat bahawa jika nilai tanah itu telah naik oleh kerana tanah itu telah dimajukan (atas perbelanjaan sesiapa yang lain daripada Negeri) semasa tanah itu direzab bagi maksud-maksud persekutuan, maka kenaikan itu tidak boleh diambil kira pada menentukan nilai pasar, cukai atau premium bagi maksud-maksud Fasal ini.

(3) Jika tanah adalah dikehendaki di bawah Fasal (1) dan pada tarikh dikehendaki itu, Tanah itu telah dicadangkan bagi apa-apa maksud Negeri, maka jika --

  • (a) tanah lain diambil oleh Negeri bagi maksud itu sebagai ganti tanah yang dikehendaki itu; dan
  • (b) harga tanah yang diambil sedemikian lebih daripada jumlah yang dibayar oleh Persekutuan ( kerana apa-apa lain daripada cukai) menurut Fasal (2) mengenai kepentingan yang diberi kepada Persekutuan itu,
    Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu sejumlah wang yang berpatutan oleh kerana kelebihan itu.

(4) Jika menurut Perkara ini tanah diberi sebagai tambahan dan kepentingan mengenai Tanah itu adalah terletakhak pada Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa awam, maka apa-apa jumlah wang yang kena dibayar sebagai premium di bawah Fasa (2) bagi tanah itu hendaklah dikurangkan sebanyak nilai pasar bagi apa-apa kemajuan yang telah dilakukan (atas perbelanjaan sesiapa yang lain daripada Negeri) semenjak kepentingan itu mula terletakhak seperti di atas.

(5) Peruntukan-peruntukan Perkara ini yang tersebut di atas (kecuali Fasal (3)) hendaklah dipakai mengenai tanah milik sebagaimana peruntukan-peruntukan itu dipakai mengenai tanah yang bukan tanah milik, tetapi tertakluk kepada pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berikut:

  • (a) dalam Fasal (1), perkataan “selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu” hendaklah ditinggalkan;
  • (b) jika tanah adalah dikehendaki di bawah Fasal itu, maka adalah menjadi kewajipan bagi Kerajaan Negeri mengarahkan supaya apa-apa kepentingan mengenai tanah itu sebagaimana yang perlu untuk mematuhi kehendak itu diambil dengan cara perjanjian atau paksa;
  • (c) apa-apa perbelajaan yang dilakukan oleh Negeri pada atau berkenaan dengan mengambil tanah mengikut perenggan (b) hendaklah dibayar balik oleh Persekutuan, dikecualikan bahawa jika tanah itu diambil dengan cara perjanjian maka Persekutuan tidak boleh, melainkan jika ia adalah satu pihak dalam perjanjian itu, dikehendaki membayar lebih daripada apa yang sepatut dibayar olehnya jika tanah itu diambil dengan cara paksa;
  • (d) apa-apa wang yang dibayar oleh Persekutuan kepada Negeri mengikut perenggan (c) hendaklah, bagi maksud-maksud Fasal (2), diambilkira pada menentukan nilai pasar, cukai tanah yang berkenaan atau cukai tahunan yang sepatutnya, dan hendaklah dipotong daripada apa-apa premium yang kena dibayar oleh Persekutuan di bawah Fasal itu.

(6) Jika tanah diberi kepada Persekutuan menurut Fasal (1) dan tanah itu atau kepentingan mengenainya telah diambil oleh Kerajaan Negeri atas perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka, maka perenggan (d) Fasal (5) hendaklah dipakai terhadap wang yang telah dibayar mengenai pengambilan itu oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu seolah-olah wang itu dibayar oleh Persekutuan mengikut perenggan (c) Fasal (5); dan Fasal (3) tidak boleh dipakai bagi mana-mana tanah itu.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang tanah di sesuatu Negeri daripada direzab bagi maksud-maksud persekutuan mengikut apa-apa syarat yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, atau boleh menyentuh kuasa pihak berkuasa yang berkenaan di sesuatu Negeri untuk mengambil mengikut apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu, mana-mana tanah milik bagi maksud-maksud persekutuan dengan tiada Kerajaan Persekutuan menghendaki tanah itu di bawah Perkara itu.

8) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang pemberian tanah di sesuatu Negeri kepada Persekutuan, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, tanpa suatu kehendak oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara ini.


84. (Dimansuhkan).

85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan.

(1) Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh menghendaki Kerajaan Negeri, dan kemudiannya adalah menjadi kewajipan Kerajaan itu, menyebabkan tanah itu diberi kepada Persekutuan untuk selama-lamanya tanpa sekatan-sekatan tentang kegunaan tanah itu, tetapi tertakluk kepada pembayaran premium yang akan ditentukan mengikut Fasal (2) dan kepada pembayaran cukai tanah yang berkenaan pada tiap-tiap tahun.

2) Premium yang disebutkan dalam Fasal (1) hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan --

  • (a) nilai pasaran bagi apa-apa pemajuan yang dilakukan (selain daripada atas perbelanjaan Negeri) semasa tanah itu digunakan bagi maksud-maksud persekutuan; dan
  • (b) amaun, jika ada, yang telah dibayar oleh Persekutuan, atau yang telah dibayar sebelum Hari Merdeka oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, berkenaan dengan kos pengambilan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu oleh Kerajaan Negeri.

3) Tanpa menjejaskan Fasal (1), jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh menawar untuk melepaskan tanah itu kepada Negeri dengan syarat bahawa Negeri itu membayar Perrsekutuan nilai pasaran dan amuan yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (b) Fasal (2); dan jika Kerajaan Negeri itu menyetujuterima tawaran itu, maka tanah itu hendaklah terhenti menjadi rizab.

4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara ini, tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan tidaklah terhenti daripada dirizabkan sedemikian, dan segala tanah yang dirizabkan sedemikin hendaklah dikawal dan diuruskan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Persekutuan boleh memberikan apa-apa hak menduduki, mengawal atau menguruskan, atau suatu penyewaan atau pajakan, keseluruhan atau mana-mana bahagian tanah itu, kepada mana-mana orang --

  • (a) bagi orang itu menggunakan tanah itu untuk apa-apa tempoh bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, atau bagi apa-apa maksud yang berdampingan atau bersampingan dengannya; atau.
  • (b) jika Kerajaan Persekutuan tidak dapat kerana apa-apa jua sebab menggunakan tanah buat sementara itu bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, bagi orang itu menggunakan tanah itu bagi apa-apa maksud selain daripada maksud persekutuan, untuk apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

5) Dalam Perkara ini sebutan mengenai tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan termasuklah --

  • (a) mana-mana tanah yang telah dirizabkan sebelum Hari Merdeka mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang ketika itu berkuatkuasa di dalam Negeri itu bagi apa-apa maksud yang telah menjadi suatu maksud persekutuan selepas Hari Merdeka;
  • (b) mana-mana tanah yang telah dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan selepas Hari Merdeka mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di dalam sesuatu Negeri;
  • (c) mana-mana tanah Kerajaan yang disebutkan dalam Fasal (4) Perkara 166 yang telah dimansuhkan itu; dan
  • (d) mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan mrnurut kuasa Fasal(7) Perkara 83.


86. Pelupusan Tanah Yang Terletakhak Pada Persekutuan.

1) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah adalah terletakhak pada Persekutuan, atau pada pihak berkuasa awam, bagi apa-apa maksud, maka Persekutuan atau pihak berkuasa awam itu boleh melupuskan kepentingan itu atau apa-apa kepentingan yang lebih kecil mengenai tanah itu kepada mana-mana orang yang didapatinya layak.


2) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah di sesuatu Negeri dilupuskan oleh atau kepada Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa awam menurut Perkara ini atau Perkara 85, maka adalah menjadi kewajipan Kerajaan Negeri itu mendaftarkan transaksi itu dengan sewajarnya.


87. Memutuskan Pertikaian Tentang Nilai Tanah.

(1) Jika berbangkit apa-apa pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan sesuatu Kerajaan Negeri tentang pembayaran yang akan dibuat oleh atau kepada Persekutuan di bawah Perkara-perkara Bab ini yang tersebut di atas, atau tentang jumlah mana-mana pembayaran itu, maka, atas permintaan Kerajaan Persekutuan atau permintaan Kerajaan Negeri itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Tribunal Tanah yang dilantik mengikut Perkara ini.

(2) Tribunal Tanah hendaklah mengandungi --

  • (a) seorang pengerusi yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan yang menjadi, atau telah menjadi, atau layak menjadi, seoerang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia;
  • (b) seorang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan; dan
  • (c) seorang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

(3) Amalan dan acara Tribunal Tanah hendaklah diatur menurut kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah atau pihak berkuasa lain yang berkuasa di bawah undang-undang bertulis membuat kaedah-kaedah atau perintah-perintah bagi mengatur amalan dan Mahkamah Persekutuan.

(4) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Tribunal Tanah mengenai apa-apa soal undang-undang hendaklah dibuat kepada Mahkamah Persekutuan.

KE ATAS

Bab 5 - Pembangunan Negara

92. Rancangan Pembangunan Negara


(1) Jika, selepas sesuatu syor diterima daripada suatu jawatankuasa pakar dan selepas rundingan diadakan di antara Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Kerajaan mana-mana Negeri berkenaan, Yang diPertuan Agong berpuas hari bahawa adalah mendatangkan faedah bagi kepetningan negara dijalankan sesuatu rancangan pembangunan di mana-mana kawasan atau di kawasan-kawasan dalam satu atau beberapa buah Negeri maka Yang diPertuan Agong boleh, selepas menyiarkan rancangan itu, mengisytiharkan kawasan atau kawasan-kawasan itu sebagai kawasan pembangunan; dan kemudiannya Parlimen adalah berkuasa melaksanakan rancangan pembangunan itu atau mana-mana bahagiannya walaupun mana-mana perkara yan dimaksudkan oleh rancangan itu adalah perkara-perkara yang, jika tidak kerana Perkara ini, hanya Negeri-negeri sahaja berkuasa membuat undang-undang mengenainya.



(4) Dengan tidak menyentuh kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah mana-mana Perkara lain untukmenghendaki apa-apa kepentingan mengenai tanah diambil atau diberi abgi maksud persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh dari semasa kesemasa menghendaki direzab, setakat mana yang dinyatakannya, mana-mana tanah dalam sesuatu kawasan pembangunan yang tidak diduduki oleh orang-orang persendirian; akan tetapi apa-apa kekurangan hasil tahunan yang di terima oleh Negeri oleh kerana tanah direzabkan sedemikian hendaklah diganti kepada Negeri itu oleh Persekutuan.

KE ATAS

BAHAGIAN 13
PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN

166. Pewarisan Harta.


(1) (Dimansuhkan)


(2) (Dimansuhkan)


(3) Mana-mana tanah yang terletakhak pada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebelum sahaja Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Bagi Queen atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud-maksud yang mengikut peruntukan-peruntukan Perlembangaan ini, menjadi maksud-maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diurus oleh Kerajaan Persekutuan atau mengikut mana yang berkenaan oleh pihakberkuasa awam yang tersebut itu, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud-maksud persekutuan , dan :-


(a) tidak boleh dilepaskan atau digunakan bagi apa-apa maksud, lain Kerajaan Persekutuan, dan


(b) tidak boleh digunakan bagi maksud-maksud persekutuan yang lain daripada yang baginya tanah itu telah digunakan persetujuan sahaja Hari Merdeka dengan tiada persetujuan Kerajaan Negeri itu.


(4) (Dimansuhkan)


(5) (Dimansuhkan)


(6) (Dimansuhkan)


(7) (Dimansuhkan)


(8) Mana-mana harta yang sebelum sahaja Hari Merdeka,kaena dikembalikan kepada Baginda Quewn mengenai Kerajaan Melaka atau Kerajaan Pulau Pingan hendaklah pada Hari Merdeka kena dikembalikan kepada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana yang berkenaan.

KE ATAS

JADUAL KESEMBILAN
SENARAI PERUNDANGAN

Senarai 1 – Senarai Persekutuan


1. Hal-ehwal luar negeri, termasuk

  • (b)Pelaksanaan triri, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
  • (h) Membeli, mengambil, memegang dan membuat apa-apa urusan mengenai harta bagi maksud-maksud persekutuan.


25. Syarikat kerjasama.


Senarai 2 – Senarai Negeri


2. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, tanah, termasuk :-

  • a) Pemengangan tanah; perhubungan atara tuantanah denganpenyewa; pendaftaran hakmilik dan suratikatan mengenai tanah; penerokaan; kemajuan tanah dan memelihara tanah, sekatan sewaan;
  • b) Rezab Melayu atau, di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, rezab bumiputra;
  • c) Permit dan lessen untukgalian; pajakan lombong dan perakuan lombong
  • d) Pengambilan tanah secara paksa.;
  • e) Pindah-milik tanah, gadaijanji, pajakan dan gadaian mengenai tanahl ismen’dan
  • f) Perkembalian harta kepada Kerajaan; harta karun tidak termasuk barang purba.


3. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan dan Labuan, pertanian dan perhutanan , termasuk :-

  • a) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan
  • b) Hutan.


5. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, lain-lain perkhidamtan bercorak tempatan, iaitu :-

  • c) Tanah kubur dan tanah tempat bakar mayat;


Senarai 3 – Senarai Bersama.

  • 3. Perlindungan bagi binatang-binatan liar dan burung-burung liar; Taman Negara.
  • 9. Pemulihan tanah lombong dan tanah yang telah dibina oleh hakisan tanah.
  • 9C. Perumahan dan peruntukan-peruntukan bagi kemudahan; amanah pemajuan.

KE ATAS

SENARAI UNDANG-UNDANG
BEKAITAN DENGAN PENTADBIRAN TANAH

1. PEMEGANG TANAH

  • * Custodian fo Enemy Property (Documents of Title) (Malay States) Ordinace 43/1950.
  • * Customary tenure Enactement – F.M.S Cap. 215.
  • * Kelantan Land Settlement Ordinance, 51/1955. * Land (Group Settlement Areas) Act.13/1960.
  • * National Land Code Act. 56/1960. * National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act, 2/1967.
  • * Perlis Land Settlement Enactment, 6/1966.
  • * Rights of Way Kedah Enactemaent, No. 101.
  • * Service Lands Acts, 35/1963.
  • * Settlement Enactement Terengganu No. 65/1356.
  • * Sultanate Lands Johor Enactment No. 146.
  • * Sultanate Lands Kelantan Enactment No.5/1934.
  • * Sultanate Lands F.M.S Cap 221.


2. UKUR TANAH

  • * Land & Mining Plans & Documents (Photographic Copies) Ordinace,18/1950.
  • * Licensed Land Surveyors Ordinance 11/1958.
  • * Registration of Surveyors Acts, 67/1967.


3. HAKMILIK LOMBONG/KAWALAN AKTIVITI LOMBONG

  • * Continental Shelf Act – Laws of Malaysia Act 83.
  • * Mining Beneath Alienated Lands Enactment F.M.S No.11/1941.
  • * Mining Enactment Johor No.69. * Mining Enactment Kedah No.67.
  • * Mining Enactment Perlis No. 1/1340 * Mining Enactment Terengganu No. 51/1356
  • * Mining Enactment F.M.S Cap 148. * Mineral Ores Enactment Johore No. 97.
  • * Minera Buyers Enactment Kedah No. 66
  • * Mineral Ores Enactement Perlis No. 2/1356.
  • * Petroleum Mining Act – Laws of Malaysia Act 95.


4. PENGAMBILAN TANAH SECARA PAKSA

  • * Land Acquisition Act, 34/1960.


5. PEMELIHARAAN PERLINDUNGAN TANAMAN, TANAH, SUNGAI SUMBER ALAM

  • * Forest Enactment F.M.S. Cap 153.
  • * Forest Enactment Johore No 58.
  • * Forest Enactment Kedah No. 15/1357.
  • * Forest Enactment Kelantan No4/1939
  • * Forest Enactment Perlis No. 3/1370
  • * Forest - S.S Ordinace Cap. 147.
  • * Forest Enactment Terengganu No. 44/`935.
  • * Land Consercation Act, 3/1960.
  • * Rivers and Drainage Kelantan enactment No. 17/1935.
  • * Rivers Construction Johore Enactment No. 46.
  • * Waters Enactment – F.M.S. Cap 146. * Waters Johore Enactment No. 66
  • * Waters Perlis Enactment No. 9/1357.
  • * Protection of Wild Life Act – Laws of Malaysia Act 76.



6. PUNGUTAN KADAR-KADAR DAN CUKAI-CUKAI

  • * Drainage works Ordinace 1/1954
  • * Education (Amendment) Act, 32/1963
  • * Estate Duty Enactment – F.M.S. Cap. 7/1941.
  • * Fees Act – Laws of Malaysia Act 209.
  • * Income Tax Act – Laws of Malaysia Act 53.
  • * Irrigation Areas Ordinace, 33/1953.
  • * Petroleum (Income Tax) Act, 45/1967
  • * Stamp (Custodian Transaction)Exemption Ordinace-F.M. Ordinanace No. 23/1948.
  • * Stamp (Unnumbered Shares) Act. 36/1962.
  • * Stamp Ordinace 59/1949.
  • * Water supply Enactment F.M.S. Cap 203.
  • * Water supply Johore Enactment No.119.
  • * Water supply Kedah Enactment 6/1965.
  • * Water supply Kelantan Enactment No.1/1952.
  • * Water supply Perlis Enactment 2/1952


7. BEBERAPA PIHAKBERKUASA AWAM/PERBADANAN AWAM

  • * Electricity act – Laws of Malaysia act 116.
  • * Employees Provident fund ordinace, 21/1951.
  • * Federal agricultural marketing authority act- laws of Malaysia act 141.
  • * Federal Capital Act – Laws of Malaysia act 190.
  • * Federal Iindustrial DecelopmentAuthority (Incopration) Act 13/1965.
  • * Land Development Ordinance, 20/1956.
  • * Local Council Ordinance, 36/1952.
  • * Local Government Act – Law of Malaysia Act 171.
  • * Merdeka Stadium Corporation Act 11/1963.
  • * Municipal Ordinace S.S Cap. 133.
  • * Municipal Enactment Kelantan No. 20/1938.
  • * National Land Rehabilitation and Consolidation Authority.
  • * Penang Port Commission Ordinance 56/1955.
  • * Petaling Jaya Authority Ordinance 36/1954.
  • * Port Authorities Act, 21/1963.
  • * Railway Ordinance – Malayan Union Ordinance No. 8/1948.
  • * Rubberindustry (Replanting) Fund Ordinance 8/1952.
  • * Rubber Research Institute of Malaysia Act,16/1966.
  • * Subang Golf Course Corporation Act, 16/1968.
  • * Telecommunications Act – Laws of Malaysia Act 20.
  • * Twons Bords Enactment – F.M.S Cap. 137.
  • * Twons Boards Enactmen – Johore No. 118.
  • * Twons Boards Enactmen Terengganu No. 12/1355.
  • * University of Malay Act, 44/1961.
  • * Federal Lands Commissioner Ordinance 44/1957.
  • * F.M.S. Chamber of Mines Incorport Enactment – F.M.S Cap 104
  • * Menteri Besar (Incorporation) Kelantan Enactment 3/1951
  • * Menteri Besar (Incorporation) Negeri SembilanEnactment 3/1951
  • * Menteri Besar (Incorporation) Perak Enactment 2/1951
  • * Menteri Besar (Incorporation) Perlis Enactment 5/1370.
  • * Menteri Besar (Incorporation) Terengganu Enactment 1/1951.
  • * Minister of Finance (Incorporation Ordinance). 46/1957
  • * National Productivity Council Incorporation Act. 19/1966
  • * Planters Assocition of Malay (Incorporation) Enactment F.M.S. Cap 105
  • * Pure Life Society (Suddha Semajam)(Incorporation) Ordinance, 15/1957
  • * Redemptorist father(Incorporation) Ordinance 16/1962
  • * Roman Catholic(Incorporation) Bishops 38/1957.
  • * State Secretary(Incorporation) Johor Enactment. 2/1953.
  • * State Secretary(Incorporation) Kedah Enactment 1/1951
  • * State Secretary(Incorporation) Malaca 7/1971.
  • * State Secretary(Incorporation) Pahang 12/1959.
  • * State Secretary(Incorporation) Penang 1/1953.
  • * State Secretary(Incorporation) Perak 3/1951.
  • * State Secretary(Incorporation) Selangor 3/1955.
  • * Trustee ordinance 73/1952.
  • * Tunku Abdul Rahman Foundation Fun Act 43/1966.
  • * Perbadanan Pembangunan Bandar Act-Laws of Malaysia Act 46.
  • * Bank Simpanan National Act-Laws of Malaysia Act 146.
  • * Lembaga Padi dan Beras Negara Act-Laws of Malaysia Act 47.
  • * Malaysian Rubber Exchange and Licencing Board Act-Laws of Malaysia Act.8
  • * Johore State Economic Development Corporation-Johore Enactmen No.1/196
  • * Kelantan State Development Corporation-Kelantan Enactement No.10/1966
  • * Malacca State Delevlopment Corporation-Malacca Enactement No. 4/1971.
  • * N. Sembilan State Delevlopment Corporation –N. Sembilan Enactement No. 4/1969.
  • * Pahang State Delevlopment Corporation -Pahang Enactement No. 12/1967.
  • * Penang State Delevlopment Corporation - Penang Enactement 10/1971.
  • * Perak State Delevlopment Corporation State Delevlopment Corporation -Perak Enactement No. 3/1967
  • * Perlis State Delevlopment Corporation -Perlis Enactement No.6/1967.
  • * Selangor State Delevlopment Corporation –Selangor Enactement No.4/1964
  • * Terengganu State Economic Delevlopment Corporation Economic-Terengganu Enactement No. 3/1965



8. KAWALAN PERKUBURAN

  • * Burials Enactment F.M.S. Cap 189.
  • * Burials Enactment Johore No. 49.
  • * Burials Enactment Kedah No. 13.
  • * Kelantan No. 18/38.
  • * Burials Penang & Malacca –S.S Cap. 205.
  • * Burials Enactment Terengganu 3/1355.


9. KAWALAN PEMILIKAN TANAH

  • * Aboriginal Peoples Act – Laws of Malaysia Act 134.
  • * Diplomatic adna Consular Privileges Ordinance 53/1957.
  • * Guardianship of Infant Act. 13/1961.
  • * Malay Reservations Enactment Johore 1/1936.
  • * Malay Reservations Enactment Kedah No.63
  • * Malay Reservations Enactment Kelantan No. 18/1930.
  • * Malay Reservations Enactment Perlis 7/1353.
  • * Malay Reservations Enactment Terengganu 17/1360


10. PINDAHAN DAN URUSAN MENGENAI TANAH

  • * Adiption Ordinance 41/1952.
  • * Age of Majoritiy Act, 1971-Laws of Malaysia Act 21.
  • * Attestation of Registrable Instruments Act,1/1960.
  • * Distribution Ordinance 1/1958.
  • * Enemy Property Ordinance 22/1959.
  • * Limitation Ordinance 4/1959.
  • * Legitimacy Act- Laws of Malaysia Act 60.
  • * Married Women & Children (Maintenance) Ordinance 36/1950.
  • * Married Women & Children (Enforcement) of Maintenance) Act. 8/1968.
  • * Mental Disorders Ordinance 31/1952.
  • * Oaths and Affirmations Act – Laws of Malaysia Act.194.
  • * Powers of Attorney Ordinance 64/1949.
  • * Presumption of Survivorship Act – Laws of Malaysia Act.205.
  • * Probate and Administrantion Act – Laws of Malaysia Act 97.
  • * Registration of Adoption Ordinance No. 54/1952.
  • * Small Estates (Distribution) Act – Laws of Malaysia Act. 98.
  • * Trustee Act – Laws of Malaysia Act 208.
  • * Wills Ordinance 38/1959.


11. KEMAJUAN/PEMBANGUNAN TANAH

  • * Land Development Ordinance 20/1956.
  • * Padi Cultivators – S.S. Cap 144.


12. PENGURUSAN KEWANGAN

  • * Audit Act – Laws of Malaysia Act 62.
  • * Financial Procedure Act – Laws of Malaysia Act 21.
  • * Government Contracts Act –– Laws of Malaysia Act 120.
  • * Government Loans Security F.M.S. Cap 130.


13. UNDANG-UNDANG ISLAM

JOHOR
* Baitul-Mal Enactment No. 136.
* Council of Religion Enactment No. 2/1949.
* Courts (Kalthis anda Assistant Kathis) Enactment No. 54.
* Muslim Marriage and Divorce Registration Enactment No. 17.
* Muslim Offences Enactment No. 47
* Muslim Law and Custom (Determination) Enactment No.48.
* Wafat Enactment No. 11/1073.
* Zakat and Fitrah Enactment No. 5/1957


KEDAH
* Administration of Muslim Law No. 9/1962.
* Zakat and Fitrah 4/1955.
* Registration of Muslim Schools No. 99 KELANTAN
* Syriah Courts & Muslim Matrimonial Causes Enactment No. 1/1966.
* Kelantan Council ot Religion and Malay Custom Enactment No. 2/1966

MELAKA

* Administration of Muslim Law No. 1/1959.
* Muslim – S.S. Cap 57.
* Muslim and Hindu Endowments –S.S. Cap 175.

NEGERI SEMBILAN

* Adminiistration of Muslim Law No. 15/1960.

PAHANG

* Administrationn of the Religion of Islam No. 5/1956.

PULAU PINANG

* Administration of Muslim Law No. 3/1959.
* Muslim – S.S.Cap 57. PERAK
* Administration of Muslim Law No. 3/1964.

SELANGOR

* Administration of Muslim Law No.3/1952.

TERENGGANU

* Administration of Islamic Law No. 4.1955.
* Islamic Wakaf Validating No. 10/1972.

14. RUJUKAN-RUJUKAN UMUM

* Auction sales – F.M.S Cap 81.
* Auction sales Johor Enactment No. 117.
* Auction sales Kkedah No.8.
* Auction sales Perlis No. 7/1357.
* Auction sales – S.S. Cap 198.
* Bankruptcy Act, 55/1967.
* Companies Act – Laws od Malaysia Act. 125.
* Co-operative Societies Ordinance 33/1948.
* Constitution of the States
* Contract Act – Laws of Malaysia Act 136.
* Control of Rent Act, 56/1966.
* Criminal Procedur Code -F.M.S. Cap 6.
* Criminal Procedur Code S.S. Cap 21.
* Delegation of Powers Act, 56/1956.
* Housing Developers (Contro and Licensing)-Laws of Malaysia Act 118.
* Intepretation and General Clauses Ordinance – Malayan Union Orfinance No. 7/1948.
* Interpretation Act 23/1967.
* Rubber Supervision F.M.S. Enactment 10/1937.
* Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (Incorporation)
* Act-Laws of Malaysia Act 157.
* Tin Control Ordinance 41/1954.
* Emergency (Essential Powers) Malaysia Act. 30/1964.
* Emergency(Territorial Waters) Ordinance. 7/1969.-P.U.(A)307A/1969.
* Evidence Act – Laws of Malaysia Act 56.
* Federal Roads – F.M. Ordinance 42/1959.
* Federal Constitution.
* Federal of Malaya Agreement 1948 – Gazette Notification 6/1948.
* Foreign Representatives (Privileges and Immunities) Act, 34/1967.
* Government Proceedings Ordinance 58/1956.
* Houses of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 15/1952.
* Internal Security Act – Laws of Malaysia Act 32.
* Investment Incentives Act, 13/1968.
* National Archives, 44/1966
* National Languafe Act – Laws of Malaysia Act 32.
* Notaries Public Act – Laws of Malaysia Act 115
* Official Secrets Act – Laws of Malaysia Act 88.
* Penal Code – F.M.S. Cap. 45.
* Pension Ordinance 1/1951.
* Petroleum Ordinance 46/1949.
* Pineapple Industry Ordinance 13/1957.
* Prevention of Corruption Act – Laws of Malaysia Act 57.
* Registration of Business Ordinance 47/1956.
* Revision of Laws Act – Laws of Malaysia Act 1.
* Societion Act, 13/1966.
* Speciffic Act – Laws of Malaysia Act 137.
* Statutory Declarations Act –Laws of Mlaysia Act 13.
* Street, Drainage and Building Act – Laws of Malaysia Act 133
* Supplementary Income Tax Act – Laws of Malaysia Act 54.
* Tin Industry (Research and Development)Fun Ordinance 58/1953.
* Titles of Office Ordinance 22/1949.
* Trustee Investment Act, 36/1965.
* Town and Country Planning Act – Laws of Malaysia Act 172.
* Trusts (State and Settlement Legilatures Competancy) Ordinance 25/1949.

KE ATAS


Hakcipta Terpelihara © 2006-2015 Projek e-Tanah, NRE.



Dasar Keselamatan

Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.