B.Malaysia |English
Laman Utama |Hubungi Kami





e-Tanah - Portal Awam v1.0.0
Objektif
Akta


 Profil e-Tanah
Objektif
Skop
Visi & Misi
Konsep
Sejarah & Kronologi
Logo e-Tanah
Direktori e-Tanah
Senarai Caj Perkhidmatan
 Undang - Undang
Pekeliling
Akta
Cabutan Perlembagaan
 e-Pembayaran
Panduan e-Pembayaran

Cetak Semula Resit
Carian Persendirian
 Borang Online
eBorang
 Sejarah & Kronologi e-Tanah
 Sejarah & Kronologi

Bagi merealisasikan pengkomputeran keseluruhan fungsi pengurusan dan pentadbiran tanah di negara ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merancang bagi mewujudkan satu sistem berkomputer yang bersepadu yang dikenali sebagai projek Sistem Permodelan Pejabat Tanah (SPPT) atau e-Tanah.

Kajian SPPT telah disiapkan oleh Perunding Tempatan iaitu Syarikat Sepakat Computer Consultant Sdn Bhd (SCC) pada Ogos 2002. Kajian telah dikemukan kepada Jawatankuasa SPPT, JTIT Mampu serta agensi-agensi pusat dan diterima sebagai asas bagi melaksanakan projek ini.

Objektif utama pewujudan e-Tanah ini ialah untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melaksanakan Kerajaan Elektronik dalam perkhidmatan awam.

Melalui pelaksanaan e-Tanah yang dirancangkan ini, pengguna akan dapat menjimatkan masa apabila berurusan di pejabat-pejabat tanah. Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkatkan ‘service delivery’ dan memperbaiki corak pentadbiran tanah di semua peringkat yang menjadi rungutan semua pihak pada masa kini.

Di bawah Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan pada 21 Mei 2003, projek e-Tanah telah disenaraikan sebagai salah satu perakuan yang akan dilaksanakan untuk menyokong pentadbiran tanah di setiap peringkat pentadbiran secara ‘fast track’.

Pada 14 Ogos 2003, SPPT dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik. SPPT mula dikenali sebagai E-tanah. Hasrat bagi melaksanakan e-Tanah ini juga telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 18 Disember 2003 yang lalu dan telah diperakui sebagai salah satu daripada projek Kerajaan Elektronik sebagaimana aplikasi-aplikasi perdana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu projek e-perolehan, PMS dan HRMIS.
Mesyuarat Majlis Tanah Negara kali ke 60 pada 19 Ogos 2004, telah meminta supaya disamping projek perintis, dikaji kemungkinan memperluaskan projek ini kesemua negeri dalam masa secepat mungkin setelah menimbang implikasi kos.

KRONOLOGI
  • JKPTG telah melaksanakan pembangunan ICT dalam 2 urusan pentadbiran tanah melalui:
    – Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) mulai tahun 1980; dan
    – Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) mulai tahun 1995

  • Langkah seterusnya adalah untuk mengembangkan penggunaan ICT kepada urusan-urusan lain Pentadbiran Tanah.
    – Program Pemodenan Pejabat Tanah (SPPT) melibatkan perekayasaan proses kerja (BPR) pentadbiran tanah dan pembangunan sistem aplikasi keseluruhan urusan tanah.

  • Langkah 71 dalam Pakej Strategi baru Ke Arah Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Mei 2003 menggariskan
    “b) Mewujudkan Sistem Pemodenan Pentadbiran Tanah (SPPT) sebagai sistem elektronik untuk menyokong pentadbiran tanah di setiap peringkat pentadbiran tanah secara fast track;
    …”

  • Pada 14 Ogos 2003, SPPT dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik. SPPT mula dikenali sebagai E-tanah.

  • Cadangan Pendekatan dan Kaedah Pelaksanaan Projek E-tanah telah dibentangkan kepada pihak MAMPU, EPU, Kementerian Kewangan dan JPA pada 5 Januari 2004.

  • Pada awal tahun 2004 KTPK mencadangkan pelan pelaksanaan secara Request for Proposal (RFP).

  • Selepas Pilihanraya dan penubuhan kerajaan baru, pada 9 April 2004 Kementerian Kewangan telah mengarahkan supaya projek perintis E-tanah di Pulau Pinang dilaksanakan secara tender terbuka.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu E-tanah Bil 1/2004 pada 2 -3 Jun 2004 telah memutuskan pindaan skop projek yang meliputi 24 proses utama urusan tanah yang menjadi kepentingan pelanggan dan tidak melibatkan pindaan undang-undang.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan E-tanah Bil. 2/2004 pada 12 Julai 2004 telah meneliti semula sistem-sistem yang sedia ada dan memperakukan sistem-sistem berikut untuk diadaptasi di dalam projek E-tanah.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan E-tanah pada 26 Julai 2004 telah bersetuju dengan keseluruhan skop dan jadual pelaksanaan projek perintis E-Tanah yang telah dibentangkan.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu E-tanah Bil. 2/2004 pada 3 Ogos 2004 telah membincangkan dan setuju dengan keseluruhan skop dan jadual pelaksanaan projek perintis E-tanah.

  • Mesyuarat Majlis Tanah Negara kali ke 60 pada 19 Ogos 2004 telah meminta disemak semula perancangan projek dengan kemungkinan perluasan kesemua negeri selewatnya tahun 2008 dengan mengambilkira implikasi kewangan.


Hakcipta Terpelihara © 2006-2015 Projek e-Tanah, NRE.



Dasar Keselamatan

Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.